01 April 2010

Panduan Memberi Nama Anak

Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.

Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.

Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.

Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:

1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

8)Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.

Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.

Sekian.

11 Mac 2010

HUBUNGAN INTIM PERKAHWINAN

Pakar-pakar agama menyatakan ada 6 peringkat hubungan intim perkahwinan.

Pertama, Bulan madu. Pada masa ini semuanya indah. Apa yang dilakukan
suami cantik, apa yang dilakukan oleh isteri semuanya bagus.

Kedua bulan bawang. Bulan air mata. Selepas 3-5 tahun berkahwin,
warna-warna sebenar suami -isteri kelihatan. Perangai sebenar suami isteri
sudah dikenalpasti. Pada waktu ini mulalah. Itu tak kena, ini tak kena .
Kadang-kadang boleh berkahir dengan perceraian.

Ketiga, proses rundingan. Pada peringkat ini suami isteri akan
mengenalpasti kesilapan dan kelemahan masing-masing. Suami mengaku
kesilapan dan kelemahan dia, isteri juga begitu.

Keempat, penyesuaian. Apabila suami-isteri telah mengetahui kelemahan dan
kesilapan masing-masing, segala kekurangan tersebut akan dilengkapi oleh
kedua-dua belah pihak. Jika suami yang pandai masak, suami yang tolong
masakkan dan jika isteri rajin berkemas, isteri yang yang tolong kemaskan.

Kelima, proses peningkatan. Pada peringkat ini suami-isteri berusaha untuk
menjadikan hubungan lebih mesra dan dan bahagia.

Keenam dan yang terkahir, pemantapan. Pada peringkat ini suami-isteri akan
berusaha untuk memantapkan hubungan mereka. Selepas enam peringkat inilah
maka lahirlah mawaddah rahmah iaitu kasih sayang antara suami isteri.
Biasanya pada periingkat keenam ini, warga emas. Harap saya sendiri akan
sampai ke tahap ini. Insyaallah.

Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin " maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "
f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

Amalan suami semasa isteri mengandung

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :
a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri
h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

28 Februari 2010

MAKAN MENGIKUT SUNNAH

Tahukah anda, Rasulullah tidak pernah menghidapi sakit perut sepanjang usia baginda?
selain mengamalkan tidur QAILULAH dan pengambilan buah-buahan sebelum juadah utama, apa petua dan rahsia ya?

1. Tidak mencampurkan makanan laut dengan darat seperti ikan dan susu dalam satu hidangan. Rahsia ini telah dibuktikan saintis yg menemui ion + dalam ayam dan ion - dalam ikan. Campuran ayam dan ikan dalam makanan boleh menghasilkan tindakbalas biokimia yg merosakkan usus.

2. Jangan tinggal makan malam! meninggalkan makan malam boleh meningkatkan paras kolestrol.

3. Mandi sebelum subuh. Air sejuk yg meresap ke dalam badan boleh mengurangkan pengumpulan lemak dan kekal lansing!

4. Minum air suam setiap pagi juga mampu menjauhkan kita dari penyakit.

5. Bertakafur ( sujud seminit selepas membaca doa ) ketika solat subuh! sujud ini boleh mengelak pening atau migrain. kajian saintis telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. darah dapat memenuhi ruang tersebut dengan bersujud.

6. Makan dengan tangan dan menjilat jari selesai makan. saintis menemui bilangan enzim yg lebih banyak di celah jari, kira2 10 kali ganda dari enzim di air liur. (Enzim membantu proses pencernaan makanan)

ahmad dan muhammad


anak-anakku yang masih kecil yang tidak mengenal erti apa2, oleh itu kami haru bersabar dengan karenah mereka yang di dapat dihalang, maka kami berdoa agar kami dapt terus bersabar dengan karenah mereka selagi mereka belum baligh. yang merka tahu hanya kebebasan dan bermain untuk mencari keseronokan.

02 November 2008

Anakku yang kedua




Anakku ini ku berikan nama AHMAD sempena junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, dilahirkan pada Isnin 1 Ramadhan bersamaan 1.9.08. Maka bertambah la amanah yang perlu ana pikul untuk mendidik anak2 menjadi insan yang soleh. dah menjadi hamba Allah yang bertakwa kepadanya. Doakan agar ana diberikan kekuatan untuk mendidik semua anak2 ana menjadi anak yang bejuang untuk agama dan mendoakan ibu bapanya dan semua umat islam.
Powered By Blogger