02 November 2008

Anakku yang kedua




Anakku ini ku berikan nama AHMAD sempena junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, dilahirkan pada Isnin 1 Ramadhan bersamaan 1.9.08. Maka bertambah la amanah yang perlu ana pikul untuk mendidik anak2 menjadi insan yang soleh. dah menjadi hamba Allah yang bertakwa kepadanya. Doakan agar ana diberikan kekuatan untuk mendidik semua anak2 ana menjadi anak yang bejuang untuk agama dan mendoakan ibu bapanya dan semua umat islam.

Perkara Besar Sedang Menanti

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a berkata: Saya pernah dengar Rasulullah S.A.W bersabda :

Sesungguhnya anak Adam itu sentiasa dalam lalai tentang apa yang dijadikan Allah baginya. Sesungguhnya ketika ia dicipta oleh Tuhan, berkata Tuhan kepada Malaikat : Catitkanlah rezekinya! Catitkanlah jalan hidupnya! Catitkanlah ajalnya! Catitkanlah sama ada kesudahannya celaka atau bahagia! Sesudah menjalankan tugas, Malaikat itu pun kembali.

Kemudian ditugaskan dua Malaikat pula untuk menuliskan semua kebajikan dan kejahatan orang itu seumur hidupnya. Apabila ia menemui ajalnya (mati) kedua Malaikat tadi pun berangkat kembali....



Daripada Jabir Bin Abdullah r.a berkata: Saya pernah dengar Rasulullah S.A.W bersabda :

Sesungguhnya anak Adam itu sentiasa dalam lalai tentang apa yang dijadikan Allah baginya. Sesungguhnya ketika ia dicipta oleh Tuhan, berkata Tuhan kepada Malaikat : Catitkanlah rezekinya! Catitkanlah jalan hidupnya! Catitkanlah ajalnya! Catitkanlah sama ada kesudahannya celaka atau bahagia! Sesudah menjalankan tugas, Malaikat itu pun kembali.

Kemudian ditugaskan dua Malaikat pula untuk menuliskan semua kebajikan dan kejahatan orang itu seumur hidupnya. Apabila ia menemui ajalnya (mati) kedua Malaikat tadi pun berangkat kembali.

Lalu ditugaskan oleh Allah Malakul-maut (Izrail) untuk mengambil nyawanya. Setelah selesai dikuburkan, rohnya dikembalikan ke jasad. Ketika itu tibalah dua Malaikat lain (Munkar dan Nakir) untuk menyoalnya. Setelah selesai disoal, keduanya pun kembalilah.

Apabila tiba saat (Hari Kiamat) masing-masing Malaikat yang menulis kebajikan dan yang menulis kejahatan itu turun semula dengan sebuah buku catitan, lalu buku catitan itu digantungkan di leher orang itu, yang satu sebagai pemimpin dan yang satu lagi sebagai penyaksi.

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi : Sesungguhnya suatu perkara besar sedang menanti kamu di hari muka, yang mana kamu tiada tertanggung olehnya, maka hendaklah kamu memohon pertolongan Allah yang Maha Agung.

Hadis ini dicatit oleh Al-Hafih As-Sayuthi rahimahullah di dalam kitabnya Syarhus-Shudur, yang menurutnya telah dikeluarkan oleh Ibnu Abid-Dunya dan Abu Nu’aim.

Mengenali Produk Halal

Assalamu ‘Alaikum,
Al-Hamdulillah, Wassalatu ‘ala Rasulillah wa ala alihi wasahbihi,

Secara umumnya, tanda logo HALAL dari Jakim atau mana-mana Badan Agama yang diyakini dapat dijadikan panduan kerana mereka telah mengambil amanah bagi pihak umat Islam untuk memastikan hal tersebut dan telah memberi jaminan bahawa pengesahan mereka dapat dijadikan panduan oleh umat Islam.

Selain itu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) atas dasar prihatin mereka untuk menjaga hak-hak pengguna Islam juga ada membuat penyelidikan tentang bahan-bahan haram yang terdapat di dalam produk-produk yang ada di pasaran hari ini. Buku-buku keluaran CAP yang mendedahkan isu tersebut sewajarnya dijadikan rujukan oleh pengguna-pengguna muslim supaya mereka tidak terjebak dalam membeli atau memakai produk-produk haram tanpa disedari.

Selain itu, oleh kerana terdapat banyak kes penyelewengan dari Syarikat-Syarikat bukan Islam terhadap logo HALAL, maka saya mengesyorkan agar umat Islam mengutamakan produk-produk keluaran Syarikat Muslim. Maka di samping kita melihat tanda/logo HALAL, hendaklah dilihat juga tanda/logo “Muslim Product” ketika kita membeli suatu barangan atau produk. Langkah ini sekaligus dapat membantu Ekonomi umat Islam dan dapat merealisasikan pasar bersekutu antara sesama umat Islam.
Wallahu A’lam.

23 Oktober 2008

Turunkan harga barangan,tarif elektrik segera

Selaras dengan peturunan harga bahan api dari 10 sen hingga 20 sen seliter, Kerajaan Pusat perlu memastikan keturunan harga barangan serta tarif elektrik yang telah melambung tinggi.

Tarif elektrik telah menaik sebanyak 25% setelah penstrukturan semula tarif elektrik yang baru akibat daripada kenaikan harga bahan api sedunia. Harga barangan juga tidak berkecualian.

Memandangkan harga pasaran sedunia telah jatuh sebanyak 46%, dari AS152 dolar satu tong sampai ke paras AS82 dolar satu tong, tarif elektrik yang masih dalam tahap yang tinggi mesti diturunkan dengan segera. Tenaga Nasional Berhard (TNB) perlu mengambil tindakan menurunkan tarif elektrik yang dikuatkuasakan sebelum 1 Julai 2008.

Kadar inflasi yang tidak terkawal telah menyebabkan harga barangan runcit dan kos pengangkutan yang masih berada di tahap yang tinggi. Sampai hari ini, TNB dan pengusaha-pengusaha yang lain masih tidak menyatakan hasrat mereka untuk menurunkan tarif dan harga barangan.

Lebih membimbangkan adalah pendapatan bagi pengguna di Malaysia tidak bertambah khasnya pendapatan pengguna warga kota yang terpaksa menghadapi kos kehidupan yang tinggi.

Oleh itu, sudah tibanya masa untuk Kerajaan Pusat melaksanakan polisi harga petrol diselaraskan mengikut kadar pasaran sedunia seharian. Peranan Kabinet bukan untuk menetap harga petrol malahan membentuk polisi yang boleh memastikan kepentingan pengguna terjamin.

Di samping itu, Kerajaan Pusat perlu memastikan bahawa TNB akan mengkaji semula kadar tarif elektrik yang baru demi meringankan beban hidup pengguna dalam keadaan ekonomi sedunia yang kian merosot.

Kerajaan Pusat, TNB dan pengusaha-pengusaha perlu berganding bahu untuk menurunkan kadar inflasi yang menderitakan kehidupan rakyat jelata.

19 Oktober 2008

MAKANAN DAN BARANGAN YANG BOLEH MENGANDUNGI GELATIN

MAKANAN
1.gula-gula getah
2.gula-gula toffee
3.jeli dan agar-agar
4.pencuci mulut
5.jem, marmalad dan sapuan lain
6.ikan dan udang segar
7.konfeksi dan kandi
8.jus buah
9.dadih buah
10.minuman susu masam
11.aiskrim
12.keju/mentega rendah lemak
13.gula-gula marshmallow
14.kek keju
15.inti jem dalam pastri
16.gula-gula jujub
17.biskut wafer
18.coklat karamel lembut

BARANGAN PERUBATAN
1.kapsul
2.kasul lembut
3.ubat biji
4.vaksin
5.pengganti plasma
6.serbuk gelatin dalam pembedahan
7.suppositori
8.spam pembedahan

BARANGAN LAIN
1.syampu protein
2.krim untuk kuatkan kuku
3.filem
4.mancis
5.kertas pasir
6.kertas tanpa karbon
7.dakwat untuk cetakan
8.pelekat

sumber daripada: persatuan pengguna pulau pinang

17 Oktober 2008

Bila Dia akan jadi Camni?



cuba kamu perhatikan betul-betul! anda tentu kenal siapa dia kan? klo dia betul jadi camni dengan membuang islam HADHARI insyaallah dia akan diterima oleh ALLAH, tapi bilakah kita akan jumpa dengan dia dalam wajah yang camni? klo kamu ada jumpa cepat ambik gambar and tunjukkan pada ku

12 Oktober 2008

Dr M puji MB Kedah?

Q. Can Barisan recover the states lost to Pakatan Rakyat?
A. It’s very difficult but possible where the Opposition won marginally like Perak and Selangor. Kedah and Penang will be difficult. Kelantan, of course, is no go. When you destroy something, it takes time to rebuild especially if they provide good governance, don’t make too many mistakes and are non-racist. In Kedah, this man (Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak from PAS) has not tried to make a Kelantan in Kedah. He has been very careful, quite smart and he wants to please people.

Apa pendapat awak semua mengenai apa yang diperkatakan oleh mantan PM ni? sama-sama kita fikirkan!!!!!!!!!!!

10 Oktober 2008

Program Usahawan Ternakan

PROGRAM USAHAWAN TERNAKAN
(PULANGAN 10-12% SEBULAN)

Salam Sejahtera,
Anda dipelawa untuk menjadi RAKAN PENGUSAHA PROGRAM USAHAWAN TERNAKAN (PUT)
di syarikat EASTANA FARM INDUSTRIES SDN BHD dengan usahasama KOPERASI
USAHAWAN MALAYSIA BERHAD (KUMB).


INFO RAKAN PENGUSAHA PUT:
Minimum Modal : RM3,000.
Ikatan Kontrak: 3 tahun.
Saham Koperasl adalah dalam RM1,050.
Modal akan dipulangkan selepas tamat kontrak mengikut nilai pasaran semasa
lembu.

KEUNTUNGAN:
Keuntungan 10% - 12% setiap bulan selama 36 bulan.
Berasaskan jangkaan keuntungan 440% setahun dan berdasarkan sistem
mudharabah 70:30 di mana 70% adalah bahagian Syarikat, manakala 30% bahagian
Rakan Pengusaha.

Contoh: Pajakan Modal RM10,000
RM10,000 x 440% = RM44,000 setahun
RM44,000 x 30% (Rakan Pengusaha) = RM13,200 setahun
RM13,200 x 3 tahun + ~RM10,000 (Pajakan Modal) = ~RM49,600

ROYALTI:
Ganjaran Royalti (Penajaan)
Level 1=3%
Promosi Tabung Kereta:
Syarikat akan beri insentif RM2,500 sebulan selama 36 bulan
Kelayakan – pajakan modal level pertama RM150,000 terkumpul untuk 30 orang
terawal.
Tarikh Pembayaran Pendahuluan Keuntungan:
Deposit sebelum/pada 15hb (1-15hb) – dapat pada 15hb bulan berikutnya
Deposit selepas 15hb (16-31hb) – dapat pada 15hb dua bulan berikutnya.
MAKLUMAT LANJUT:


http://eastanafarm.com/ – Website Syarikat Eastana
http://www.east2trade.com/ – Info. terkini PUT dan juga untuk login Rakan
Pengusaha
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?

Farmfresh dan PUT di Utusan Online.
CARA-CARA MENYERTAI:
1) Sila DAFTAR PERCUMA (klik prospect sign up) di http://www.east2trade.com/ -
masukkan ID 241897607
2) Sila download, print dan isi borang yang dikepilkan.
3)Guna Bank Cek/ Bank Draf, jumlah yang
anda ingin masuk atas nama:

Nama: KOPERASI USAHAWAN MALAYSIA BHD

4) Tampalkan slip/ resit bank BORANG PEMBELIAN.
5) Sertakan:
1 salinan kad pengenalan depan dan belakang
1 salinan akaun bank.
6) Fotostat semua borang yang telah lengkap diisi untuk simpanan anda.
7) Pos semua borang yang ORIGINAL ke alamat:

EASTANA FARM INDUSTRIES SDN BHD
47-1, Jalan TKS 7,
Taman Komersial Senawang,
70450 Senawang, Negeri Sembilan

(menggunakan pos ekspress/berdaftar atau melalui serahan tangan. Pemprosesan
data dan perjanjian hanya akan dilakukan apabila kesemua borang yang lengkap
diterima oleh pihak Eastana)
Selamat menjadi Rakan Pengusaha PUT dan SELAMAT MAJU JAYA!!
From,
MOHD REDUAN
0139435017

JIKA ANDA BERMINAT DAN INGINKAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI SAYA

BI Sains dan Matematik, ramai resah kini

Sebagai bekas seorang guru di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah mengajar BI, Sejarah, Siviks dan guru kaunseling, Penolong Kanan dan Pengetua, saya rasa amat bersalah jika tidak menyatakan sesuatu mengenai hal ini.

Pertama: Ke mana arah dan hilangnya pedoman dalam 'Penyata Razak (ayah Najib)' dan Penyata 'Rahman Talib (ayah Fauzi)'?

Apakah kedua-dua penyata ini tidak bermatlamat. Inilah untuk perpaduan dalam sebuah negara bernama 'Malaysia'.

Adakah penyata tersebut ada menyatakan BI sebagai bahasa pengantar dalam mana-mana sekolah dan mata pelajaran? Inilah yang dikatakan 'melampau' bila ada suara yang bukan sahaja mempertahan pengajaran MS dalam BI malah ada yang mencadangkan pengajaran semula semua matapelajaran dalam BI,dengan kata lain kembalikan semula sekolah Inggeris!

Setelah 51 tahun merdeka, ini yang timbul. Kalau begitu kembalilah ke zaman penjajah 'baru' pula. Kita kembalikan Sekolah Melayu, Sekolah Inggeris, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil! Barulah kita nampak dengan jelas, siapa di mana dan kemana.

Sepertilah dengan keadaan siaran berita di kaca TV sekarang, berita Melayu menghentam dan memburukkan negeri-negeri di perintah pembangkang dan ahli-ahli pembangkang, berita Cina memfokuskan perniagaan dan Negeri Cina manakala berita Tamil memfokuskan keadaan orang India dan negeri India.

Kedua: Guru yang diarah untuk mengajar MS adalah berkelulusan melalui pembelajaran di sekolah rendah, menengah, universiti, maktab, diploma menggunakan bahasa Melayu (rujuk artikal dalam Harakah bil:1376 - ms F11).

Macamana boleh ini tidak terfikir oleh perancang di KP yang saya tahu amat profesional! atau mungkin mereka terpaksa atau dipaksa aataupun 'bermuka-muka' kesian guru-guru yang 'terpaksa' menerima imbuhan(rasuah) elaun 10%/5% kerana mengajar MS dalam BI!

Guru Bahasa Inggeris pula dibebani untuk mengajar, membimbing, menguji guru MS, tugas hakiki mereka untuk mengajar BI kepada kumpulan sasar sebenar iaitu 'pelajar' sedikit sebanyak amat terjejas. Mereka juga digula-gulakan dengan elaun 10/5%! Mereka ada kesatuan tetapi 'tutup mulut'dan individu pula dengan sikap 'pegawai kerajaan' yang 'taat di bawah perintah' itulah hakikatnya.

Ketiga: Pelajar, adalah golongan yang bakal mewarisi kita. Kalau diimbas kembali pendapat-pendapat mengenai isu ini rata-rata datangnya dari golongan elit, atau paling tidak berada di bandar. Ini termasuklah pekan kecil Kota Bharu, Bandaraya Kuala Terenggnu juga ibu kota kesayangan semua Kuala Lumpur.

Adakah mereka ini pernah tinggal sekurang-sekurangnya 'sebulan' di Kota Belud, Paloh, Ulu Tembeling, Kuang dan Rengit(bukan Batu Pahat)?

Pengalaman saya di empat buah negeri di Malaysia sudah cukup untuk saya berfikir bahawa 'perpaduan' adalah mesti melalui 'bahasa kebangsaan'.

Data yang menyatakan hanya 30% sahaja yang tidak dapat menguasai BI dalam pengajaran MS perlu disemak semula!

Kalau diukur dari kejayaan bekas produk pengantar bahasa kebangsaan ini, mereka telah juga berjaya, di dalam 'the Star' umpamanya ada berbagai pendapat dan ulasan: antara yang menyokong kekal dengan BI, menyebut hasil dari dirinya melalui 'Remove Class'. Saya juga dari produk itu tetapi siapa dia, dan siapa saya.

Ada jua yang merasai kita telah banyak 'berbelanja' untuk lima tahun yang lalu. Habis, berpadukah kita sekarang? Adakah kita sanggup untuk terus mengabaikan generasi yang kalau diizinkan akan mewarisi kita beratus malah beribu tahun lagi ke hadapan. Kalau berbilion RM boleh hanyut begitu sahaja, angka ini amat kecil untuk ikut serta!

Ulasan 'kejayaan' melalui sistem ini adalah seorang yang amat berjaya di Australia (the Star) serta siapa yang sedang memegang jawatan tertinggi dalam apa bidang sekalipun, mereka termasuklah yang bukan sahaja memiliki PhD dari universiti-universiti terkemuka di luar negara tetapi yang mendapat pengiktirafan bertaraf dunia!

Kalau mereka telah berjaya melalui sistem kebangsaan ini, mengapa perlu sangat kita berubah ke sistem yang 'menghancurkan' majoriti generasi kita. Ingat, tidak semua orang Malaysia akan ke United Kingdom, ke USA. Ada yang hendak ke Jepun, Perancis, Mesir, Russia atau tetap tak keluar Malaysia pun!

08 Oktober 2008

Musuh cari ruang, kesempatan sekat Islam

Ustaz Zainudin Hashim
Fri | Sep 26, 08 | 11:04:51 am MYT
Kewujudan musuh Islam di muka bumi ini bukanlah satu perkara baru. Ia telah bertapak dan berakar umbi sejak ratusan ribu tahun lalu sejak iblis dan syaitan mengisytiharkan penentangan mereka secara terbuka terhadap makhluk bernama manusia iaitu Nabi Adam a.s. walaupun ia adalah perintah daripada Allah yang mesti ditunaikan.

Namun keengganan makhluk perosak itu untuk tunduk kepada Adam walaupun ia perintah Allah SWT telah tercatat dalam buku sejarah sebagai permulaan episod siri penentangan dan pertembungan antara hak dan batil di muka bumi ini.

Apabila dunia semakin bertamadun, canggih dalam penemuan ilmu Sains dan Teknologi, bentuk penentangan juga menerima perubahan yang ketara. Ia tidak serupa penentangan yang pernah ditunjukkan oleh iblis ketika menentang Allah, tetapi bentuknya semakin berubah dari semasa ke semasa, yang penting penentangan itu dibuat bagi memastikan agar kekuatan Islam terhalang.

Penentangan dibuat adalah untuk menunjukkan bahawa bukannya mereka (musuh-musuh Islam) tidak tahu bahawa Islam merupakan agama yang memelopori Sains dan Teknologi, akan tetapi kerana terdapat penyakit dalam hati yang tidak mahu mengiktiraf Islam sebagai agama yang membawa kebenaran dalam segenap keperluan hidup manusia.

Sikap menentang dan benci yang meluap-luap terhadap Islam sudah berakar umbi dalam hati sanubari manusia dan tidak mahu melakukan perubahan diri menerima bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diperakui Allah SWT.

Mereka sedar untuk mengurangkan jumlah tentera Islam dalam satu-satu peperangan bukanlah semudah yang disangka. Justeru mereka beralih bentuk dan pendekatan untuk memerangi umat Islam, mereka mencipta pelbagai bahan rekaan permainan (game) yang boleh melekakan golongan remaja terutama yang beragama Islam, menaja pelbagai bentuk sukan yang boleh dilibat oleh remaja muslim walaupun tajaan itu daripada syarikat pengeluar minuman keras.

Musuh cari peluang rosakkan al-Azhar, al-Quran, Hari Jumaat dan Masjid al-Haram

Perkara di atas pernah disebut oleh seorang tokoh ulama terkenal, Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya 'Maza 'An as-Sohwat al-Islamiyyah fi 'Asr al-Hadis', di mana beliau ada menegaskan bahawa musuh-musuh Islam berusaha gigih bagi memastikan keempat-empat perkara di atas perlu dirosakkan dengan apa cara sekalipun.

Beliau mendedahkan bahawa musuh Islam menyatakan kesungguhan mereka untuk menghancurkan keempat-empat aspek di atas, bagi mereka jika keempat-empat aspek tersebut berjaya dilakukan, maka umat Islam berada dalam keadaan terumbang-ambing.

Dr Abdullah beranggapan bahawa jika Universiti al-Azhar berjaya dirobohkan institusi pembelajarannya, pasti tidak akan wujud lagi sarjana, cendekiawan Muslim seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Mustafa Siba'ie dan Dr Abdul Halim Mahmud yang memiliki kekentalan jati diri, kefahaman Islam yang mendalam yang mampu mempengaruhi orang lain kepada Islam.

Ini kerana universiti berkenaan menjadi pusat pengajian antarabangsa yang menerima kehadiran dan kebanjiran graduan yang datang daripada seluruh dunia untuk mendalam ilmu-ilmu Islam, ada di antara mereka menjadi tokoh-tokoh negarawan yang berjaya seperti Presiden Maldives, Dr Abdul Qaiyum yang merupakan lulusan al-Azhar. Tidak kurang juga yang menjadi tokoh-tokoh hebat dalam gerakan Islam seperti Syeikh Saiyid Sabiq dan Syeikh Muhammad al-Ghazali.

Ringkasnya al-Azhar bagi mereka perlu dirobohkan, kalau tidak pun rosakkan sistem pembelajaran dan hubungan baik sedia ada terjalin di kalangan pelajar dan kakitangan universiti juga perlu dirosakkan, itulah yang telah mereka jalankan selama beberapa tahun.

Al-Quran

Al-Quran sebagai kitab panduan dan petunjuk kepada umat Islam seluruh dunia perlu dimasukkan di dalamnya unsur-unsur penyelewengan, pindaan agar ia tidak lagi menjadi rujukan dan bahan petunjuk kepada Muslim.

Ini mereka telah lakukan dengan pembiayaan jutaan dolar Amerika bagi mencetak 50,000 naskhah untuk diagihkan ke negara Somalia yang mengalami krisis kebuluran pada awal lan puluhan dahulu.

Penduduk Somalia yang kebanyakannya beragama Islam, mereka bukan sahaja diberi bantuan makanan, pada masa yang sama juga dibekalkan al-Quran yang telah dipinda ayat yang tidak diketahui mengenainya melainkan mereka yang mahir dengan al-Quran, tetapi Allah SWT tidak mahu kitab suci-Nya itu diseleweng, maka dilihamkan kepada para ulama membongkar kegiatan haram musah Islam.

Ia tidak lain adalah untuk menjauhkan orang Islam daripada kitab rujukan mereka yang bertindak sebagai pemberi hidayah daripada Allah SWT.

Hari Jumaat - Kebanyakan negara umat Islam tidak terkecuali daripada meneruskan kerja pada hari Jumaat, yang mengakibatkan ramai di kalangan muslim tidak mendapatkan sesuatu daripada penyampaian khutbah pada hari itu.

Masjid al-Haram - Rumah Allah ini juga menjadi sasaran pihak musuh kerana berjaya menyatu-padukan umat Islam seluruh khususnya ketika menjalani ibadat haji, usaha perlu dilakukan bagi merobohkan masjid berkenaan agar umat Islam terus berpecah dan tidak lagi bersatu padu. - lanh

Rosmah habiskan RM7 juta beli 14 buah jam tangan?

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Hrkh) - Benarkah Datin Seri Rosmah Mansor menghabiskan sebanyak RM7 juta untuk membeli 14 buah jam tangan di Hong Kong?

Penulis blog, Syed Azidi Aziz atau Sheih telah menimbulkan persoalan tersebut menerusi posting terbaru beliau di blognya kickdefella.wordpress.com.

Sheih yang baru-baru ini ditahan di bawah Akta Hasutan selama empat hari turut memaklumkan bahawa jam-jam tersebut dibeli untuk dihadiahkan kepada kepada beberapa individu di beberapa kementerian.

Namun begitu Sheih enggan mendedahkan nama pemberi maklumat tersebut dengan merujuk kepada wartawan di barat yang sanggup dipenjara daripada mendedahkan nama pemberi maklumat.

Persoalan yang ditimbulkan oleh Sheih ini merupakan siri pendedahan terbaru beliau sejak dibebaskan pada 20 September lalu.

Beberapa hari sebelum menjelang Aidilfitri beliau turut mendedahkan bagaimana Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggunakan kedudukan beliau selaku Menteri Pertahanan untuk menambahkan kekayaan anak beliau Kamaluddin.

Pada hari raya kedua pula, Sheih mendedahkan Abdullah telah menerima RM200 juta daripada Rosmah. Wang tersebut merupakan sebahagian daripada komisen pembelian kapal selam yang turut dikaitkan dengan kematian Altantuya. - mns

07 Oktober 2008

Rahsia dan Nikmat disebalik erti "SABAR"

MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak-selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;

* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;

* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;

* tenang/teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.

Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.

Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya. Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:

Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibah menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.

Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).

JENAZAH BERUBAH MENJADI BABI HUTAN

Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.

Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa herannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.

"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

02 Oktober 2008

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Sesiapa yang berkesempatan bangun di tengah malam, persiapkan diri dengan wudhu' yang sempurna kemudian solatlah sunat wudhu' 2 rakaat. Apabila selesai, dirikan pula sunat tahajjud 2 rakaat dengan khusyu'. Begitu rugi bagi seseorang yang ditakdirkan bangun di tengah malam, tetapi tidak beramal dengan sunat tahajjud yang begitu besar pahala dan ganjarannya:

Allah berfirman:
وَمِنَ الْلَيلِ فَتَهَجَّدْبِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُوْدًا (اَلاِسْراءُ ٧٩

Ertinya: Dan dari malam itu hendaklah engkau bangun tahajjud sebagai nafilah (ibadat tambahan) bagimu, moga Allah akan mengangkatmu ke darjat yang terpuji.

26 September 2008

anakku yang sulong



Alhamdulillah kami dikurniakan zuriat yang pertama pada 06.11.2006 jam 01:20am di HSNZ, saat ini saat yang paling mengembirakan kami kerana inilah saat yang kami tunggu2 sejak kami diinjabkabulkan, kelahirannya menambahkan lagi keceriaaan antara keluarga kami, ia menjadi amanah bagi kami untuk mendidiknya ke jalan yang diredhainya. Doakan kepada kami agar kami dapat menjaga amanah ini dengan didikan agama yang sempurna supaya dia dapat berbakti pada agama dan berjuang untuk menegakkan agama ISLAM! ALLAHUALHKBAR!!!!!!!!!!

Takuti perkara membatalkan Islam

10. Berpaling dari agama Allah SWT baik kerana tidak mahu mempelajarinya atau kerana tidak mahu mengamalkannya.

11. Mengganggap suatu hukum atau undang-undang selainnya lebih baik daripada syari'at Rasulullah s.a.w. dan lebih mengutamakan hukum thaghot daripada hukum Rasulullah s.a.w. Apabila ada seseorang meyakini bahwa undang-undang yang dibuat manusia lebih utama dan lebih baik daripada syari'at Islam, maka ia telah kafir.

12. Apabila seseorang Muslim itu menganggap bahawa syariat Islam sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan zaman, atau bahkan beranggapan bahawa agama Islam hanya menyangkut hubungan ritual antara hamba dengan Rabbnya dan tidak ada kaitannya sama sekali dengan masalah duniawi. Demikian pula apabila seseorang memandang bahawa pelaksanaan syari'at Islam, misalnya masalah rajam dan qishash, sudah tidak sesuai lagi dengan peradaban modern (atau Hak Asasi Manusia).

13. Begitu pula mereka yang beranggapan bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak berhukum dengan hukum atau syari'at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan dan hukum-hukum lainnya, maka ia telah kafir, meskipun belum sampai pada keyakinan bahawa hukum yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.

14. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.

15. Ingkar nikmat Allah sama ada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.

16.Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.

17. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.

18. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukai-Nya.

19. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.

20. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.

21. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.

22. Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.

23. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.

24. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.

25. Melantik orang-orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang berakidah Islam dan mukmin.

26. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.

27. Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.

28. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.

29.Tidak mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya dan ingkar nama-nama-Nya.

30. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.

31. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.

32.Membuat sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.

33. Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenang jasa dan namanya.

Dan banyak lagi yang perlu diketahui secara mendalam dan terperinci yang mesti digarap oleh setiap Muslim menerusi kuliah-kuliah akidah yang tidak boleh dipelajari secara santai, kerana ia merupakan asas dan benteng yang kuat daripada terjebak pada penentangan terhadap Allah sekali gus layak mendapat kutukan-Nya.

25 September 2008

Perkara yang boleh menyebabkan rasa sakit

Empat perkara yang boleh menyebabkan badan merasa sakit:
1.Banyak bercakap
2.Banyak tidur
3.Banyak makan
4.Banyak berjimak

AKIBAT BANYAK TIDUR
-Wajah menjadi kuning
-Hati jadi buta
-Mata manjadi rosak
-Malas bekerja

AKIBAT BANYAK MAKAN
-Merosakkkan saluran perut
-Melemahkan badan
-Mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan
-Boleh mendatangkan penyakit yang teruk

AKIBAT BANYAK BERJIMAK
-Badan jadi lemah
-Kekuatan antibodi badan menurun
-Badan menjadi kering
-Urat saraf menjadi lemah

AKIBAT BANYAK BERCAKAP
-Otak menjadi lemah dan cepat tua (beruban)

Sama-sama kita fikirkan!

lamakah kita hidup di dunia ini berbanding akhirat?
ustaz cakap 1 hari akhirat = 1000 tahun di dunia
jom sama kita hitung!
kalau kita hidup 100 tahun katakan,
100/1000 = 0.1 di akhirat kan?
kalau dalam jam lebih kurang dalam 2.4jam je kan?
2.4jam je kita hidup dalam dunia kan?
itu pun kalau kita panjang umur untuk hidup dalam 100 tahun! 
maknanya kalau kita hidup dengan buat amal ibadat setiap masa dalam 100 tahun tu, kita hanya buat ibadat cuama 2.4jam je berbanding akhirat kan? tapi cuba kita renungkan adakah kita sentiasa hidup dengan berbuat ibadat dalam hidup kita!
hanya 2.4jam je di dunia ini yang diperlukan untuk berbuat bekal untuk hidup di akhirat yang akan kekal abadi untuk selamanya.
ayuh kawan kita sama-sama bertaubat untuk mendapat keredhaaNya! kita doakan agar ALLAH meredhai hidup kita ini!

kejayaan dalam hidup?


Siapa yang tidak mahu berjaya dalam hidup? semua kita yang hidup hari ini semuanya mahu berjaya! masing-masing sanggup bersusah payah menghantar anak-anak ke kelas tuisyen dan bemacam-macam lagi dilakukan untuk memastikan semua anak-anak berjaya, kejayaan itu hanya untuk duniawi saja! bagaimana pula usaha kita untuk memastikan anak-anak-kita dapat kejayaan di akhirat nanti? apa yang kita lakukan bagi memastikan mereka mendapat pendidikan agama yang cukup untuk bekalan mereka menghadapi godaan dunia pada hari ini? apakah kita yakin yang kita telah memberi pendidikan agama yang cukup untuk anak-anak kita? oleh itu marilah kita sama-sama berusaha agar anak kita mendapat didikan agama yang cukup bagi bekalan di akhirat nanti dan menjadi anak yang soleh, kerana hanya anak yang soleh saja yang akan dapat menolong kita di akhirat kelak. Fikr-fikirkanlah

Pernahkah kita bertaubat?

Dalam hidup kita pernahkah kita bertaubat dengan dosa yang kita lakukan sama ada dosa kecil atau dosa besar! kalau kita pernah bertaubat, berapa kali? tetapi kadang-kadang selepas bertaubat kita masih mengulangi dosa yang sama! kenapa ini berlaku? pernah tak kita fikirkan? adakah kita berasa bersalah setiap kali kita melakukan dosa? jika kita masih merasa bersalah terhadap yang maha Esa setiap kali melakukan dosa, alhamdulillah kerana itu tandanya masih ada iman di dalam diri kita!  cuma satu yang kita harapkan agar ALLAH memberi petunjuk dan hidayah pada kita untuk terus istiqamah dalam hidup dengan mendapat keredhaanya.
Powered By Blogger