02 November 2008

Anakku yang kedua




Anakku ini ku berikan nama AHMAD sempena junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, dilahirkan pada Isnin 1 Ramadhan bersamaan 1.9.08. Maka bertambah la amanah yang perlu ana pikul untuk mendidik anak2 menjadi insan yang soleh. dah menjadi hamba Allah yang bertakwa kepadanya. Doakan agar ana diberikan kekuatan untuk mendidik semua anak2 ana menjadi anak yang bejuang untuk agama dan mendoakan ibu bapanya dan semua umat islam.

Perkara Besar Sedang Menanti

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a berkata: Saya pernah dengar Rasulullah S.A.W bersabda :

Sesungguhnya anak Adam itu sentiasa dalam lalai tentang apa yang dijadikan Allah baginya. Sesungguhnya ketika ia dicipta oleh Tuhan, berkata Tuhan kepada Malaikat : Catitkanlah rezekinya! Catitkanlah jalan hidupnya! Catitkanlah ajalnya! Catitkanlah sama ada kesudahannya celaka atau bahagia! Sesudah menjalankan tugas, Malaikat itu pun kembali.

Kemudian ditugaskan dua Malaikat pula untuk menuliskan semua kebajikan dan kejahatan orang itu seumur hidupnya. Apabila ia menemui ajalnya (mati) kedua Malaikat tadi pun berangkat kembali....



Daripada Jabir Bin Abdullah r.a berkata: Saya pernah dengar Rasulullah S.A.W bersabda :

Sesungguhnya anak Adam itu sentiasa dalam lalai tentang apa yang dijadikan Allah baginya. Sesungguhnya ketika ia dicipta oleh Tuhan, berkata Tuhan kepada Malaikat : Catitkanlah rezekinya! Catitkanlah jalan hidupnya! Catitkanlah ajalnya! Catitkanlah sama ada kesudahannya celaka atau bahagia! Sesudah menjalankan tugas, Malaikat itu pun kembali.

Kemudian ditugaskan dua Malaikat pula untuk menuliskan semua kebajikan dan kejahatan orang itu seumur hidupnya. Apabila ia menemui ajalnya (mati) kedua Malaikat tadi pun berangkat kembali.

Lalu ditugaskan oleh Allah Malakul-maut (Izrail) untuk mengambil nyawanya. Setelah selesai dikuburkan, rohnya dikembalikan ke jasad. Ketika itu tibalah dua Malaikat lain (Munkar dan Nakir) untuk menyoalnya. Setelah selesai disoal, keduanya pun kembalilah.

Apabila tiba saat (Hari Kiamat) masing-masing Malaikat yang menulis kebajikan dan yang menulis kejahatan itu turun semula dengan sebuah buku catitan, lalu buku catitan itu digantungkan di leher orang itu, yang satu sebagai pemimpin dan yang satu lagi sebagai penyaksi.

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi : Sesungguhnya suatu perkara besar sedang menanti kamu di hari muka, yang mana kamu tiada tertanggung olehnya, maka hendaklah kamu memohon pertolongan Allah yang Maha Agung.

Hadis ini dicatit oleh Al-Hafih As-Sayuthi rahimahullah di dalam kitabnya Syarhus-Shudur, yang menurutnya telah dikeluarkan oleh Ibnu Abid-Dunya dan Abu Nu’aim.

Mengenali Produk Halal

Assalamu ‘Alaikum,
Al-Hamdulillah, Wassalatu ‘ala Rasulillah wa ala alihi wasahbihi,

Secara umumnya, tanda logo HALAL dari Jakim atau mana-mana Badan Agama yang diyakini dapat dijadikan panduan kerana mereka telah mengambil amanah bagi pihak umat Islam untuk memastikan hal tersebut dan telah memberi jaminan bahawa pengesahan mereka dapat dijadikan panduan oleh umat Islam.

Selain itu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) atas dasar prihatin mereka untuk menjaga hak-hak pengguna Islam juga ada membuat penyelidikan tentang bahan-bahan haram yang terdapat di dalam produk-produk yang ada di pasaran hari ini. Buku-buku keluaran CAP yang mendedahkan isu tersebut sewajarnya dijadikan rujukan oleh pengguna-pengguna muslim supaya mereka tidak terjebak dalam membeli atau memakai produk-produk haram tanpa disedari.

Selain itu, oleh kerana terdapat banyak kes penyelewengan dari Syarikat-Syarikat bukan Islam terhadap logo HALAL, maka saya mengesyorkan agar umat Islam mengutamakan produk-produk keluaran Syarikat Muslim. Maka di samping kita melihat tanda/logo HALAL, hendaklah dilihat juga tanda/logo “Muslim Product” ketika kita membeli suatu barangan atau produk. Langkah ini sekaligus dapat membantu Ekonomi umat Islam dan dapat merealisasikan pasar bersekutu antara sesama umat Islam.
Wallahu A’lam.
Powered By Blogger