11 Mac 2010

HUBUNGAN INTIM PERKAHWINAN

Pakar-pakar agama menyatakan ada 6 peringkat hubungan intim perkahwinan.

Pertama, Bulan madu. Pada masa ini semuanya indah. Apa yang dilakukan
suami cantik, apa yang dilakukan oleh isteri semuanya bagus.

Kedua bulan bawang. Bulan air mata. Selepas 3-5 tahun berkahwin,
warna-warna sebenar suami -isteri kelihatan. Perangai sebenar suami isteri
sudah dikenalpasti. Pada waktu ini mulalah. Itu tak kena, ini tak kena .
Kadang-kadang boleh berkahir dengan perceraian.

Ketiga, proses rundingan. Pada peringkat ini suami isteri akan
mengenalpasti kesilapan dan kelemahan masing-masing. Suami mengaku
kesilapan dan kelemahan dia, isteri juga begitu.

Keempat, penyesuaian. Apabila suami-isteri telah mengetahui kelemahan dan
kesilapan masing-masing, segala kekurangan tersebut akan dilengkapi oleh
kedua-dua belah pihak. Jika suami yang pandai masak, suami yang tolong
masakkan dan jika isteri rajin berkemas, isteri yang yang tolong kemaskan.

Kelima, proses peningkatan. Pada peringkat ini suami-isteri berusaha untuk
menjadikan hubungan lebih mesra dan dan bahagia.

Keenam dan yang terkahir, pemantapan. Pada peringkat ini suami-isteri akan
berusaha untuk memantapkan hubungan mereka. Selepas enam peringkat inilah
maka lahirlah mawaddah rahmah iaitu kasih sayang antara suami isteri.
Biasanya pada periingkat keenam ini, warga emas. Harap saya sendiri akan
sampai ke tahap ini. Insyaallah.

Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin " maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "
f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

Amalan suami semasa isteri mengandung

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :
a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri
h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.
Powered By Blogger