23 Oktober 2008

Turunkan harga barangan,tarif elektrik segera

Selaras dengan peturunan harga bahan api dari 10 sen hingga 20 sen seliter, Kerajaan Pusat perlu memastikan keturunan harga barangan serta tarif elektrik yang telah melambung tinggi.

Tarif elektrik telah menaik sebanyak 25% setelah penstrukturan semula tarif elektrik yang baru akibat daripada kenaikan harga bahan api sedunia. Harga barangan juga tidak berkecualian.

Memandangkan harga pasaran sedunia telah jatuh sebanyak 46%, dari AS152 dolar satu tong sampai ke paras AS82 dolar satu tong, tarif elektrik yang masih dalam tahap yang tinggi mesti diturunkan dengan segera. Tenaga Nasional Berhard (TNB) perlu mengambil tindakan menurunkan tarif elektrik yang dikuatkuasakan sebelum 1 Julai 2008.

Kadar inflasi yang tidak terkawal telah menyebabkan harga barangan runcit dan kos pengangkutan yang masih berada di tahap yang tinggi. Sampai hari ini, TNB dan pengusaha-pengusaha yang lain masih tidak menyatakan hasrat mereka untuk menurunkan tarif dan harga barangan.

Lebih membimbangkan adalah pendapatan bagi pengguna di Malaysia tidak bertambah khasnya pendapatan pengguna warga kota yang terpaksa menghadapi kos kehidupan yang tinggi.

Oleh itu, sudah tibanya masa untuk Kerajaan Pusat melaksanakan polisi harga petrol diselaraskan mengikut kadar pasaran sedunia seharian. Peranan Kabinet bukan untuk menetap harga petrol malahan membentuk polisi yang boleh memastikan kepentingan pengguna terjamin.

Di samping itu, Kerajaan Pusat perlu memastikan bahawa TNB akan mengkaji semula kadar tarif elektrik yang baru demi meringankan beban hidup pengguna dalam keadaan ekonomi sedunia yang kian merosot.

Kerajaan Pusat, TNB dan pengusaha-pengusaha perlu berganding bahu untuk menurunkan kadar inflasi yang menderitakan kehidupan rakyat jelata.

Tiada ulasan:

Powered By Blogger